Thursday, March 18, 2010

tengok wayang



these two movies really made me asleep.....
especially at the early part...

Wednesday, March 10, 2010

10 mac.
cepat sungguh berlalu. cuti akan menjelma tidak berapa ketika. bergembira bersama2 anak2 di kala cuti sekolah. ia satu yang menggembirakan. walaupun pergerakan agak terhad ditahun dgn berbagai2 agenda yang akan dilalui di masa2 terdekat.
keputusan spm akan diumumkan keesokan hari. anak sulungku di tahun ini bakal menduduki peperiksaan yang serupa. Insya-allah berkat doa dan kerajinan, kejayaan bakal di perolehi.

Saturday, January 30, 2010

lme tidak menjengah blog...
suadah genap sebulan berada di thn 2010. sungguh cepat mse berlalu. tanpa disedari. bln februari akan menjelma esok. apa yang bakal berlaku thn ini tidak diketahui. kte merancang tuhan yg menentukan. hari2 menunggu cuti panjang, ingin bersama anak2 yang kian membesar dan pelbg ragam.
setiap kali menjemput pulang qirin pasti banyak cerita yang hendak dikongsikan bersama2. seronok mendengar cerita2nya. mengimbau kenangan lme waktu di sekolah. banyak cerita
dan pengalaman yang boleh dijadikan teladan buat anak2. tanpa pengalaman, insan ...... pengalaman mematangkan sesorg.

Tuesday, January 5, 2010

Hari persekolahan telah bermula. Anak2 kembali ke asrama. Yuran SBP tahun ini cukup membuatkan kepala menjadi pusing. Semeriah merry-go-round.
Aku sibuk smula ke sekolah mengajar anak didik supaya berjaya menempuh alam peperiksaan. Itulah rutin harian sehingga tamat peperiksaan. X sabar menunggu cuti pjg yang akan tiba pada Februari akan datang. untuk berkumpul smula bersama2 anak2 mendengar celoteh masing. Bg anak yang bongsu boleh le berjumpa setiap minggu @ selang dua minggu sekali. Itu pun mengikut permintaan nya. Bagi anak yang sulung, yang berada di JB, aku sabar menunggu cuti. Mungkin dalam setahun hanya bbrp kali shj pulang ke rumah memandangkan tahun ini adalah tahun peperiksaan baginya. Doa ku smoga ia berjaya dengan cemerlang dan gemilang. Insya Allah.

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

Tahun baru dah menjelma. Matahari memancarkan surianya bagi menyemarakkan semangat tahun baru ini. Smoga hari2 mendatang akan bersinar slalu.
Tahun baru azam pun. (tidak semestinya) Azam yang lme sekiranya blm dipenuhi mungkin bleh di capai pada tahun ini. Insya Allah. Kte hanya merancang, tuhan menentukan. Qada & Qadar tiada siape pun yang mengetahuinya. Seandainya kte mengetahuinya, semestinya kte akan senantiasa berhati2, berwaspada, dan akan menjadi seorang insan yang perfect. Kte sebg manusia cuba untuk membuat sebaik2 yang mungkin. Tp kesilapan tidak kte sedari. Samada menyedari @ tidak menyedarinya. Itu kealpaan manusia. Smoga tahun baru ini, kte akan lebih ceria, bahagia, cemerlang, berkeyakinan disamping memperolehi kerahmatanNya, murah rezeki, sihat tubuh badan dbg. Itu yang diingini oleh setiap insan. Begitu jua anak didik ku, smoga kejayaan di samping kalian smua.

Tuesday, December 22, 2009

Cuti hampir ke penghujung.

Dua minggu lagi cuti persekolahan akan sampai ke penghujungnya. Dua minggu
berturut2 juga aku menyiapkan kelengkapan anak2 utk ke sekolah. Sememangnya masih blm mencukupi. Menjadi ibu kepada anak2 zaman sekarang..... Berbagai perkara perlu ditangani.
Memenuhi permintaan anak2 disamping perlu berjimat cermat berbelanja. Anak2 zaman kini terdedah kpd trend mse kini. Nasib menyebelahi aku krane anak2 masih boleh berkompromi mengenai trend. Bayangkan jika anak tidak mahu berkompromi mengenai budget. Tentu ianya sesuatu yang memeningkan kepada. Persiapan perlu dilakukan bagi menambahkan dan membakar semangat anak2 ke sekolah. Harapan agar anak2 memperolehi kejayaan yang cemerlang pada tahun 2010. Amin. Amin. Amin.

Friday, December 18, 2009

Awal Muharram 1431H

Selamat Bercuti. Slmt memyambut Awal Muharram dgn azam yang bru. Trus berusaha tanpa lelah dan jemu. Kejayaan perit untuk dicapai ttp manis ble diperolehi.
Permulaan tahun baru hijrah dgn kejayaan Malaysia memenangi pertandingan bola sepak Sukan SEA setelah 20 thn kemarau berterusan. Pulang membawa kejayaan. Ini jua dinamakan penghijrahan. Dlm erti kata Hijrah tidak membatasi kte. Lakukan penghijrahan walaupun setapak sekiranya tidak mampu melangkau jauh. Smoga tuhan memberkati penghijrahan kte dri mase ke semase.